Outlet Pertama FamilyMart Yang Terkenal Di Jepun Kini Dibuka Di Malaysia thevocket.com
Bagi peminat FamilyMart, nama pasaraya ini bukanlah sesuatu yang asing. Dan kini ada berita baik buat para peminat dan penggemar FamilyMart, rangkaian pasaraya terbesar dan terkenal di Jepun ini. Pasaraya FamilyMart yang pertama baru saja dibuka di Malaysia pada 11 Nov 2016 iaitu semalam di Wisma Lim Foo Yong in Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Apa yang menarik sangat sampai ada yang teruja dengan pembukaan pasaraya ini? FamilyMart merupakan rangkaian pasaraya terkenal di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan kerana menyediakan hidangan panas buat para pelanggannya. Pasaraya ini juga menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga para pelancong bagi mendapatkan barangan memasak, serta minuman dan makanan yang mudah dibawa seperti roti, onigiri dan bento. FamilyMart dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini pastinya memudahkan mereka yang bekerja dan berada di sekitar untuk mendapatkan roti segar sebagai sarapan setiap pagi. Berbagai pilihan minuman kopi turut disediakan sebagai pelengkap
Leave Your Comment